Blogger Backgrounds
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Oct 6, 2011

Aku ingin engkau selalu hadir dan temani aku_kau tercipta untukku

aq pernah cerita apa yang akan terjadi kalau dia mati. 
puncanye bermula bila sebelum aq tidur aq tertengok satu cerita kat TV nie. dalam cerita tue, aq tengok, ada orang mati. semua orang kat sekeliling tue nangis. entah tiba-tiba aq terfikir kalau aq yang berada dalam situasi tu dan aq hilang dia. perkara ni terjadi bila mood dah mula x berapa betul. tiba-tiba menangis sendiri masa kat dalam bilik. macam-macam yang terbayang dalam kepala otak. sempit gila pemikiran masa tu. aq fikir kalau aq hilang sebelum kami sempat ikat hubungan kitorang dengan lebih kuat.
awak, 
saya tak dapat bayangkan kalau saya nampak awak terbujur kaku kat depan saya. dengan suasana rumah yang agak hingar dengan suara orang menangis, bercakap, dan bacaan-bacaan Yaasin di setiap penjuru rumah awak.
mesti airmata tak kan boleh berhenti mengalir dari mata saya.
               bila saya nampak awak terbaring depan saya, perkara pertama yang saya akan pandang mesti muka pucat awak yang dah x mampu nak memberi senyuman buat saya. mata awak tertutup rapat. mata awak dah tak terbuka untuk lihat saya yang berada kat depan awak. mulut awak tertutup rapat. waktu tue, ati saya terdetik, yang saya x dapat dengar lagi suara awak. suara awak menyakat saya. suara awak panggil saya dengan panggilan-panggilan yang special. suara awak gelakkan saya. suara awak di hujung talian kejutkan saya bangun. suara awak marah saya. suara awak pujuk saya. suara awak nyanyikan lagu untuk saya. suara awak sentiasa hiburkan saya. suara awak panggil saya 'sayang'. suara awak say " I LOVE YOU". suara awak cakap rindu saya. saya takkan dengar semua tu lagi.
bila mulut awak dah x mampu nak bergerak, saya juga takkan dapat tengok lagi lesung pipit awak. lesung pipit awak yang awak sangat sensitif. lesung pipit yang hanya ada bila awak senyum. mulai saat tu, saya dah x nampak lagi lesung pipit awak. saya hilang raut muka budak nakal yang suka menyakat saya. takkan ada lagi muka yang akan pujuk saya. 
               dari muka turun ke tangan. tangan awak sejuk. tangan awak dah x hangat. tangan awak dah x berpeluh macam selalu. takkan awak dah x bagi reaksi bila saya pegang tangan awak. lepas ni takkan ada tangan yang akan pegang, pimpin saya bila saya berjalan. takkan ada tangan yang akan belai rambut saya, main-main rambut saya. takkan ada tangan yang akan betulkan sisiran rambut saya. i'll gonna miss it dear. takkan ada lagi tangan yang akan cubit pipi saya. 
                  bila mayat awak dah siap dikapankan, saya x tahu sama ada saya mampu atau tidak nak bertahan untuk memberi penghormatan terakhir buat awak. kalau saya mampu bertahan pun, saya akan bertahan untuk lihat awak dari jauh jer sayang.  saya x nak pegang awak. bukan sebab saya x sayang awak. tapi, saya takut saya x mampu nak lepaskan awak. tapi, saya pasti akan turut sembahyangkan awak kalau saya boleh.
                tiba masa mayat awak nak dibawa pergi. saya tak sanggup nak ikut. bukan sebab apa. saya x sanggup tengok awak dibiarkan sorang-sorang kat dalam tanah tu. saya x nak tengok awak kotor. saya x nak tengok awak sakit kene hempap dengan batu-batu. saya x nak tinggalkan awak sorang-sorang kat bawah tu. saya x nak awak sunyi kat bawah sane tu. awak gelap. saya x nak awak digigit even oleh seekor semut. saya x nak awak duduk dalam tu, dan saya pergi tinggalkan awak. saya x nak. saya pun x nak tengok awak kene air kotor kat dalam tanah tu. saya x nak awak duduk dalam tu sedangkan saya masih kat luar. saya x nak awak..saya x nak pergi tinggalkan awak. jadi, biar awak dibawa pergi dari rumah. saya tengok semua tu.
                   MALAM PERTAMA SAYA TANPA AWAK:
mesti saya akan cari balik sentuhan-sentuhan terakhir dari awak. saya akan baca semula blog awak. saya akan baca blog awak dari awal sampai latest post. saya akan tenung semua gambar-gambar awak. saya akan refresh setiap memory saya dengan awak dari mula kita kenal. malam saya sunyi. phone saya dah x berbunyi lagi. skype saya dah x ada orang call lagi. facebook awak dah xde update lagi. tapi, saya akan pastikan semua gambar-gambar awak masih dipelihara secara hormatnya. saya akan berjalan seorang diri lepas awak pergi. saya berjalan tanpa orang yang saya sayang. saya akan bangun sendiri bila saya jatuh. dah x ada orang nak dukung saya lagi. dah x ada orang nak pertahankan saya lagi. dah x ada orang nak temankan hidup saya lagi. hidup saya kosong!!! saya hilang segala-galanya kalau awak pergi dulu. Tapi, saya tetap happy. macam yang pernah saya cakap, saya lebih rela hidup terseksa tanpa awak, dari awak yang hidup terseksa bila hilang saya. 

awak...
saya sayang awak sangat-sangat. kalau awak pergi dulu, saya redha. mungkin dah x ada jodoh antara kita. mungkin hubungan kita setakat tu jer. mungkin dah x ada jodoh awak nak bahagiakan hari-hari saya. setiap tahun saya akan ziarah kubur awak. 
awak tentu akan fikir saya cari pengganti kan? 
tipulah kalau saya kata saya x akan cari pengganti awak untuk saya teruskan hidup. tapi, x semudah yang awak sangka. x akan secepat yang mungkin. takkan ada yang boleh bahagiakan saya macam mane awak pernah bahagiakan saya. bagi saya, benda yang baik yang pernah saya jumpa, x akan ada yang sama.





TRUST ME SAYANG.
saya sayang awak.
saya x tahu macam mane nak mulakan hari saya tanpa awak.
sedangkan malam saya berakhir dengan awak, pagi saya juga bermula dengan awak.
hari saya x lengkap tanpa dengar suara awak.
hari saya juga x akan sempurna tanpa text dari awak.
cuba awak bayangkan macam mane saya nak bermula hidup baru. hidup tanpa awak???
macam mane saya nak mulakan?? 
saya hilang stereo paling best yang saya pernah ada,
saya x nak hilang awak.
janji dengan saya awak x akan pergi tinggalkan saya. 
sebab saya sangat sayangkan awak.
love u.
      


                                                                        

No comments:

Post a Comment