Blogger Backgrounds

Apr 17, 2012

cinta yang menyimpan 1000 rahsia

  • aku cintakan kau kerana tak ada satu pun cinta terhebat yang aku jumpa selain diri kau dan kedua orang tua aku.
  • aku cintakan kau kerana setiap apa yang kau bagi, kau bagi tanpa mengharap kembali
  • aku cintakan kau kerana kau tak pernah salahkan aku dalam setiap masalah yang berlaku.
  • aku cintakan kau sela jari jemari aku ni, hanya tergenapkan utuh oleh jemari kau ketika kita saling menggenggam dan jatuh cinta.
  • aku cintakan kau kerana di sisi kau, sepiku hilang. di samping kau, aku lena. dan bersama kau, aku bahagia!
  • aku cintakan kau kerana hanya diri kau yang buatkan aku berasa tenang dan bahagia.
  • aku cintakan kau kerana dari awal aku yakin aku dapat menjadi apa yang kau perlukan dan apa yang kau cari selama ni.
  • aku cintakan kau kerana gigihnya usaha kau untuk dapatkan aku.
saya sayang awak lah SHAZWAN!

Apr 10, 2012

setianya cinta

Allah SWT berfirman , " perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat. perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik" (surah An-Nur: 26)

assalamualaikum.
permulaan bicara dengan firman Allah SWT. Tiada dapat ku tafsirkan lagi adilnya Tuhan yang Maha Esa. hidup, mati, jodoh dan pertemuan sudah pun tertulis olehNya keatas sehelai daun di suatu pohon yang di letaknya di Arasy Allah. 
di situ, telah tercatat namamu dan namaku sejak awal lagi. namun, semua takdir yang tertulis ini hanya Dia yang tahu. 

masih lagi tercari-cari dan ingin tahu siapakah yang Tuhan ciptakan untuk menjadi pelengkap hidupku, peneman hidupku, pembimbingku, penguat semangatku serta bakal menjadi ayah kepada anak-anakku kelak.. adakah kau yang pernah ku temui dulu? atau yang kini ku bersama? 

siapa pun diri kau, kini aku bahagia bersama dengan seorang yang sangat aku sayang. seorang yang setia bersamaku tak kira di waktu aku susah mahupun senang. seorang yang sayangkan aku dan menerima aku dalam apa jua keadaan. seorang yang x pernah jemu melayan kerenahku. seorang yang faham maksud kehendakku dan juga sebaliknya. 

sekiranya kau memang ditakdirkan untukku, aku bukanlah perempuan yang setanding dengan kau. ampunkan aku. maafkan aku.  aku yang sepatutnya menjaga akhlak ku, auratku, pergaulanku, dan semuanya untukmu. ampunkan aku. maafkan aku. kerana cinta aku menjadi buta. 

"usah lagi kita persoalkan. ketelanjuran di masa nan silam. ku sedia terima dirimu seadanya...kita insan biasa"... indahnya cinta jika setiap orang dapat menerima setiap kesilapan dan kesalahan seseorang di masa yang silam. 

aku tidak mendambakan kasih sehebat Muhammad SAW, tidak juga mengharap kasih setampan Yusuf. cukuplah sekadar kasih ynag setia dengan cintanya, jujur dan ikhlas dengan sayangnya. yang mampu menjaga maruahku, yang menjaga aibku. kasih yang boleh menambat hati kedua orang tuaku, kasih yang mampu membimbingku kearah yang benar, dan kasih yang mampu menjadi teman seumur hidupku. kasih yang menjadi imam kepadaku, kasih yang menjadi bapa mithali kepada anak-anakku. kasih yang setia mendoakan kebaikannku, kasih yang adil antara keluarganya dan keluargaku. dan kasih yang sanggup melakukan Tahajjud cintanya di sepertiga malam untuk mencari keredhaanNya.

apapun yang kudambakan, biarlah Tuhan menjadi pengadil untuk menentukan segalanya. biarpun ianya suratan, kita harus percaya kepada Qada' dan Qadar yang termaktub dalam rukun Iman. 

siapapun dia, itu hanyalah masa hadapan yang belum ku ketahui suratannya. yang kini, sujud syukurku hanya kepadaMu Ya Tuhan, kerana mengurniakan aku cinta yang sempurna sifatnya oleh kedua ibu bapaku, saudaraku, sahabatku dan seseungguhnya insan yang tidak pernah kulupakan setiap hembusan nafas aku, shazwan, kekasih terbaik dalam hidupku. 

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterimakasih atas kurnia tersebut.

Apr 6, 2012

di matamu ku berharga. kau perlakukan aku lebih dari mencintai dirimu. di dekatmu ku merasa bahagianya aku dapat ruang cintamu. hanya kamu saja yang mampu begitu. tulus mengerti aku.kau sempurna bagiku. tak kurang sesuatu. kau terima apa adaku. ku sempurna bagimu tak kurang sesuatu. cinta bersatu. gayamu. sifatmu. cara mencintaiku yang membuatkan diriku jatuh cinta padamu.

Apr 3, 2012

errtahpape!

betul kata orang. dan betul firman Allah. syaitan takkan pernah berhenti mengganggu dan menggoda anak cucu adam hingga akhir dunia.

seikhlas mana pun niat kita berlandaskan syariat Islam, tapi, kalau Iman kita kita tidak sekuat mana pun, tak guna juga kita berubah. berniat jer bagai nak rak. tapi, kene hasut sikit jer dah goyah. x guna tu semua. sebab tu orang kata, nak berubah ker, nak harungi dugaan ni semua, kene kuat imannya. kalau iman tak kuat silap-silap kita terpesong jauh lagi teruk.

untuk hari ni, aku nak nyatakan, sesungguhnya aku bukan lah dari kalangan golongan yang baik-baik belaka. aku kini masih mencari keredhaan dan masih lagi mencuba untuk berbudi di Bumi Tuhan ni. sesungguhnya dosa, kesalahan tak pernah lari dari buku kisah hidup aku.

aku, masih lagi dalam usaha bermuhasabah diri, dan cuba mencari kekuatan dalam diri untuk terus meneguhkan Iman aku yang sememangnya sentiasa lemah di 'godam' oleh makhluk yang bernama SYAITAN! 

pernah tak korang terfikir, kita ni semua diciptakan oleh satu Tuhan tapi dengan pelbagai bentuk rupa, kulit warna, dan tahap kita yang berbeza? Tuhan tu tersangat hebat. tapi, antara kita semua tak ada beza. yang bezakan kita hanya iman dan amal kita. kita hanya insan yang lemah. kita masih lagi berpijak di Bumi yang sama, dan masih lagi menjunjung langit yang sama luas.

aku rasa, setiap hari aku tak lepas dari lakukan kesilapan. baik kesilapan kat Tuhan mahupun kat semua human being. hahahaha.. dan dengan ini, saya nak minta maaf kat semua, kat awak, kat awak, kat awak, dan kat awak.. minta ampun, minta maaf.