Blogger Backgrounds

Apr 10, 2012

setianya cinta

Allah SWT berfirman , " perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat. perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik" (surah An-Nur: 26)

assalamualaikum.
permulaan bicara dengan firman Allah SWT. Tiada dapat ku tafsirkan lagi adilnya Tuhan yang Maha Esa. hidup, mati, jodoh dan pertemuan sudah pun tertulis olehNya keatas sehelai daun di suatu pohon yang di letaknya di Arasy Allah. 
di situ, telah tercatat namamu dan namaku sejak awal lagi. namun, semua takdir yang tertulis ini hanya Dia yang tahu. 

masih lagi tercari-cari dan ingin tahu siapakah yang Tuhan ciptakan untuk menjadi pelengkap hidupku, peneman hidupku, pembimbingku, penguat semangatku serta bakal menjadi ayah kepada anak-anakku kelak.. adakah kau yang pernah ku temui dulu? atau yang kini ku bersama? 

siapa pun diri kau, kini aku bahagia bersama dengan seorang yang sangat aku sayang. seorang yang setia bersamaku tak kira di waktu aku susah mahupun senang. seorang yang sayangkan aku dan menerima aku dalam apa jua keadaan. seorang yang x pernah jemu melayan kerenahku. seorang yang faham maksud kehendakku dan juga sebaliknya. 

sekiranya kau memang ditakdirkan untukku, aku bukanlah perempuan yang setanding dengan kau. ampunkan aku. maafkan aku.  aku yang sepatutnya menjaga akhlak ku, auratku, pergaulanku, dan semuanya untukmu. ampunkan aku. maafkan aku. kerana cinta aku menjadi buta. 

"usah lagi kita persoalkan. ketelanjuran di masa nan silam. ku sedia terima dirimu seadanya...kita insan biasa"... indahnya cinta jika setiap orang dapat menerima setiap kesilapan dan kesalahan seseorang di masa yang silam. 

aku tidak mendambakan kasih sehebat Muhammad SAW, tidak juga mengharap kasih setampan Yusuf. cukuplah sekadar kasih ynag setia dengan cintanya, jujur dan ikhlas dengan sayangnya. yang mampu menjaga maruahku, yang menjaga aibku. kasih yang boleh menambat hati kedua orang tuaku, kasih yang mampu membimbingku kearah yang benar, dan kasih yang mampu menjadi teman seumur hidupku. kasih yang menjadi imam kepadaku, kasih yang menjadi bapa mithali kepada anak-anakku. kasih yang setia mendoakan kebaikannku, kasih yang adil antara keluarganya dan keluargaku. dan kasih yang sanggup melakukan Tahajjud cintanya di sepertiga malam untuk mencari keredhaanNya.

apapun yang kudambakan, biarlah Tuhan menjadi pengadil untuk menentukan segalanya. biarpun ianya suratan, kita harus percaya kepada Qada' dan Qadar yang termaktub dalam rukun Iman. 

siapapun dia, itu hanyalah masa hadapan yang belum ku ketahui suratannya. yang kini, sujud syukurku hanya kepadaMu Ya Tuhan, kerana mengurniakan aku cinta yang sempurna sifatnya oleh kedua ibu bapaku, saudaraku, sahabatku dan seseungguhnya insan yang tidak pernah kulupakan setiap hembusan nafas aku, shazwan, kekasih terbaik dalam hidupku. 

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterimakasih atas kurnia tersebut.

No comments:

Post a Comment