Blogger Backgrounds

Jun 6, 2012

monolog

cerita dia ~


Sempurna..cerita yang tak sempurna...
apakah alasannya? siapakah dihatinya?
bahasaku mungkin tidak seindah lafaz kata pujangga namun ku bersumpah.
relaku tunggu jawapanmu, masihkah aku ada di hatimu saat ini?
biar tubuhku kan terpaku. biar jasadku tak bernyawa lagi sampai nanti..


sejujurnya Cerita Dia mengisahkan penantian seseorang dalam menunggu jawapan yang dia masih belum pasti. puitisnya lirik lagu ni buatkan aku sendiri tergamam...relanya si dia menunggu dirimu sehingga akhir nafas. segala alasan, segala persoalan takkan terlerai. menunggu sesuatu yang kita x pasti, ibarat cuba memintal buih ombak menjadi tali tapi, yang mampu diikat hanya sepotong mimpi. soal hati bukan paksaan. soal perasaan bukan kekerasan. soal cinta sukar diberi jawapan. segala persoalan mungkin atau x akan mungkin ada jawapan bagi seseorang yang setia menunggu cintanya. 
       bagi aku, cerita cinta aku dah sempurna. walaupun penghujung cerita aku dan dia masih dalam rangkaan epilog, tapi kisah hati aku dah sempurna dengan adanya diri dia. menunggu jawapan hingga akhir nafas, bukan lagi soal perwatakan yang aku bawa dalam pentas hidup aku. tapi, setia bersamanya hingga terpisah dari jasad adalah watak dan perwatakan yang aku bawa dalam kisah cinta aku dengan dia. kasih kini terpasung rapi di hati, tanpa sebarang tali... biar orang kata aku bodoh. tapi, segalanya ditentukan oleh takdir. dia ibarat, penemuan satu jarum dalam ribuan jerami dalam hidup aku. assalamualaikum!






                                                                                                          created by : azreen_adda