Blogger Backgrounds

Dec 13, 2012

first day kat klinik ENT, serdang

assalamualaikum. 
entry azreen kali ni pun tentang love. tapi, kasih sayang seorang bapa. tadi pagi azreen memulakan hari dengan mendapatkan duty roster dari CI. 
this semester azreen practical kat ENT n ED. 
cerita bermula bila azreen assist doktor kat bilik audio. kat sini azreen nampak ramai kaum ibu yg berusaha bawa anak mereka untuk mendapatkan rawatan. mostly bawa infants ah.. n azreen try pasangkan headfon kat telinga baby tanpa pergerakan dari baby. dapat bygkan x betapa payahnyer? kebanyakannya, kami suruh mothers bagi breastfeeding ah. x pun tidurkan mereka.
tapi, hati azreen terusik bila tiba-tiba ada seorang bapa warga cina berumur lebih kurang pertengahan 30an bawa anak lelaki dalam kendongan masuk bilik. ok.
first impression, papa dia memang agak selekeh, mata dia squint, and baju dia juga ada bau sikit. tapi, azreen x pernah hirau tu semua. azreen tetap dgn kerja. bagi azreen, biar apapun berlaku, azreen tetap professional tanpa hiraukan tu semua. 
mana mama dia? dia seorang bawa beg buruk, dalam tu ada botol susu, dan lampin anak dia. dia bawa anak dia dari Kajang. sangat kesian. tiba kat dalam, anak dia terjaga dari tidur and we can't continue our procedure. later, one by one patients came in and out, the father still x berjaya nak tidurkan anak dia. 
i think, about an hour, bapa dia tunggu depan pintu. anak dia main pamplet kat tepi pintu. bapa dia marah anak dia tapi dalam nada yang rendah. but, azreen still can understand a lil bit of their language. tapi, azreen cakap kat papa dia, its okayh. let him be. biar dia main. azreen x marah dia sepah2 kan tu semua. bagi azreen, budak bermain = belajar. azreen tanya dia, doktor still x panggil ke? he said, doktor suruh tidurkan anak dia dulu. but he can't. his son, memang sensitif. even org pegang pun boleh terjaga. well, doktor perlu beri dia perhatian. dia bukan dari golongan orang yang senang. procedure kat hospital biarlah buat dengan cepat. 
kita kene fikir. mugkin bapa dia kerja ikut jam. makin lama bapa dia take time, makin banyak bapa dia kehilangan duit. kesian. anak dia bukan x comel, comel! azreen sangat kesian kat diorg berdua. bapa dia nampak sangat penat. poor him! buruk-buruk mana pun, dia tetap bapa kita yang sayangkan kita.