Blogger Backgrounds

Aug 29, 2012

soal kahwin!


assalamualaikum..
hey! selamat hari raya untuk semua. amacam? best tak raya ni? mesti busy kan? mesti sibuk beraya, sibuk nak merdeka lagi n lagi best ada yang sibuk mengambil kesempatan di bulan yang mulia ni dengan melangsungkan majlis perkahwinan mereka....kahwen??? 

OOOppppssss!!! kahwin! 

cerita pasal kahwin yang sebenarnya saya nak story kat entry kali ni. baru-baru ni saya ada terima dua jemputan dari teman sahabat saya dimana mereka bakal melangsungkan perkahwinan mereka. ookayh! sahabat...??? kahwen...?? sahabat...??? means umur mereka lebih kurang sebaya dengan saya.... means, around 20-23.. okayh ah.. jujur saya katakan, umur saya tahun ni, adalah 22 tahun!! saya memang sajer bagitahu umur saya. sebab kalau saya kata average je nanti ada orang kata saya malu nak nyatakan umur saya. ada yang kutuk saya tua... okayh! saya memang tua! tapi, wajah dan perwatakan n gaya pemakaian saya xde setua 22 tahun. SINCERELY, x ramai yang boleh teka umur saya dengan tepat! MOSTLY, ramai kata umur saya 19-21. yelah... orang memang ramai cakap saya dah tua. lagi2 di usia setua saya ni, baru jer nak buat DIPLOMA.. x payah cakap banyak ah! even boyfriend yang tercinta pun sibuk pertikaikan umur saya kadangkalanya... FINE!!! umur saya 22!!! tapi, dalam taman hati, belum terlintas lagi cerita nak berumahtangga or so watever!!!

tadi kita nak cerita pasal kahwen kan? haaa... kahwin di usia muda. memang banyak faedah. memang banyak benda-benda yang patut dielakkan tu boleh dielakkan. yelah.. yang terutamanya, MENGELAKKAN MEREKA DARIPADA ZINA DAN MAKSIAT. kenapa saya nak cakap macam tu? sebab ramai yang bagi alasan macam tu. yelah. alasan apa lagi yang boleh diberikan oleh mereka sebab kahwin usia muda???? lebih- lebih lagi bila mereka ni semua x habis belajar lagi.. so, apa lagi kesimpulannya?? yess!!! memang itu yang diperlukan.. bila mereka mula bernfasu dengan matang, cara untuk mengelakkannya adalah dengan hubungan yang sah! lagipun ni soal jodoh. kalau dah korang punyer jodoh sampai awal, i tadahkan tangan memanjat rasa kesyukuran. i pun tumpang gembira. Alhamdulillah. tahniah sangat-sangat. selamat hidup korang nak dibandingkan dengan saya ni yang hubungannya masih belum terjamin. kenapa?? yelah!! terus terang saya katakan, bila syaitan mula menghasut, bila nafsu merajai akal dan fikiran, tok imam, ustazah pun boleh goyah imannya, apatah lagi saya ni... tersangat lah takut... memang tak nak jamin apa-apa.. sebab syaitan pernah bersumpah yang selagi ada manusia di muka bumi ni, dia tak kan pernah berhenti menghasut anak-anak adam untuk kearah kejahilan...

kadang-kadang rasa cemburu di hati, tapi, hati tetap berkata x bersedia! tapi, cerita pasal kahwin awal ni, mesti ada faedah, keuntungan n ada juga keburukan. okayh lah... memang secara mentality korang, korang dah bersedia nak hidup di samping suami. tapi, pernah tak yang korang mampu menjalankan tanggungjawab korang sebagai isteri?? is not about your 'bedtime stories' only, tapi, over all.. korang rasa korang mampu tak setanding dengan ibu-ibu korang?? i mean, pandai masak, pandai menjaga, pandai mengemas, pandai mengurus hal kewangan , hal peribadi, hal rumahtangga, pandai membahagi masa...????? i've asked my ******  yang dah kahwin arituh, n she was sooo young, memandangkan umur dia baru 21 so, kita called dia muda lah. i tanya dia, dia dah ready ke nak masak untuk A FAMILY??? i mean, A FAMILY??? i repeat, A FAMILY??? not A COUPLE!!! NOT A COUPLE OKAYH!!! you know what did she answered? she said that, kedai ada banyak.. YESSS!!!! that's an answer.. memang itu jawapannya.. tapi, itu jawapan yang salah sis!!! kau kahwin bukan setakat setahun dua, tapi, a million years maybe! 'nampak sangat tipu. umur pun x sampai million' hahahah.. 

i tanya lagi orang lain yang dah kahwin lah kan di usia muda, cara hidup kau sekarang macam mane? best tak? yelah.. boleh ke lepak-lepak lagi? dia jawab, best gile!!! cakap je nak pergi mana, mesti hubby bawak.. oohhh.. okayh!! 'terkedu sejenak'.. baru setahun dua kahwin boleh ah derrr... umur tengah nak enjoy memey ah sedap!! dah ada anak nanti, mau tak merungut hidup kau!!! muda-muda lagi mental kau x ready nak beranak pinak + beban-beban malam-malam buta nak tidur anak ganggu. pastu belum cerita lagi kau kene cari duit untuk susu, diapers + NURSERY anak kau lagi... memang saje nak highlight part nursery tu. sebab mostly zaman sekarang, duit habis kat nursery jer.. hahaha.. betul tak???

pastu, kalau dulu-dulu masa zaman bujang, relaks jer makan sendiri, cedok sendiri, apa-apa semua sendiri. bila dah kahwin... "abaaaaaaaaaannnnngggggg!!! makaaaannn!!!! sayang dah hidangkan makanan nie.." laki nye penat balik kerja nak lepak-lepakking dulu. bini dah merungut-rungut penat balik kerja masak nak hidang lagi, buat air, siapkan pinggan, basuh pinggan lagi, laki buat tak tau.. grrr.. padahal masak ikan singgang jer.. + telur dadar.. hahahah.. lauk standard nak express.. lagi-lagi untuk budak-budak muda yang x seberapa nak reti masak macam i ni.. tapi, i xde ah sampai dua jenis lauk tu jer. at least ada sayur. haaaa.. tu baru citer pasal laki. belum citer nak kasi anak makan lagi.. kalau anak jenis pasif je tak pe lah jugak. kalau anak jenis yang hyper macam i ni apa citer?? kompom berlari-lari kau kejar nak bagi makan. penat tak? penat tak? i masa kecik-kecik memang hyper. sape kahwen dgn i n dapat anak hyper tu jangan tanya kenapa n jangan terkejut, kompom anak ko tu ikut perangai bini kau, I.. hahahaha..

cerita sebenar yang i nak cerita kat sini adalah, i x ready lagi nak berumahtangga. so, please stop asking me about when i'll get married. hehehehe.. n for those yang rasa-rasa nak kahwin, bawa-bawalah berubah yer.. bukan sebab apa. i rasa, ni soal maruah keluarga yang kita bawak. nanti orang kata, anak itu, anak ini x reti nak buat kerja rumah. tau kahwen jer. bukan i x pernah dgr, tp, i pernah dengar. kes yg ni, mmg berat. mmg si isteri langsung x bertanggungjawab, so, kalau orang kiri kanan sibuk pertikaikan soal dia, it's okayh! just unutk buat pengajaran. but, i x nak nama parents i naik sana sini. " apalah anak org ni, tau gatal nak kahwin, tapi, x pernah nak masak. pemalas. anak x terjaga." hihihihi.. tak sanggup mak dengar nye nyah! 
hahaha..
untuk dua tiga tahun ni, i doa yang i will be more RAJIN in future and bakal berubah.. grr.. bubye u alls..

Aug 2, 2012

perginya bukan satu kehilangan, tapi satu rahmat!


suatu ketika dulu, hati terusik dengan kerenah kau. telatah kau. layanan kau. semua tu buat hati aku secara perlahan-lahan cintakan kau. ternyata aku yang bodoh dan harus dipersalahkan. sedang aku tau kau masih bersama seseorang tapi, aku tetap dengan cinta aku tu.  antara sedar tak sedar, aku sendiri tau yang cinta aku tu 'cinta separa'. 


sungguh! cinta aku pada kau memang sukar untuk aku lupakan. aku leka dengan semua kasih aku kat kau. kau ingat lagi tak segala permainan bodoh kita dulu? kenangan2 kita... semua tu.. kau ingat x? ok lah.. sesungguhnya aku akui, cinta aku buat kau yg DULU tu, memang susah aku nak lupakan. aku jadi tersangat bodoh pada waktu tu sebab cintakan kau yg milik orang. pada masa yang sama, kau x patut salahkan aku. sedangkan kau melayan aku. kalau betul kau bersama perempuan lain, aku x akan kacau kau. dan kau x akan layan aku 24/7. 

dalam hal ni, 99% kau patut dipersalahkan. kau menabur layanan dengan penuh kasih. kau menabur rindu dengan penuh rasa hati. kau menabur senyuman dengan penuh sayang. memang aku sayang kau. 

Tapi, tiba satu masa aku sedar yang kau adalah lelaki paling kejam yang pernah aku jumpa dalam hidup aku. kau buat aku benci serta merta. kau buat aku meluat sepenuh hati aku. kau padam semua cinta aku buat kau. sampai bila-bila, aku takkan jatuh cinta untuk kali kedua buat kau. jangan pernah aku ulanginya lagi. kalau dapat aku ulangi perjalanan hubungan kita tu lagi, aku akan jadi pemusnah! aku akan saktikan hati kau mcm mane kau sakitkan hati aku. even aku sedikit rasa kehilangan, tapi, aku yakin Tuhan tu Maha Kaya. 

sekarang aku tau. Tuhan memang betul2 adil dan berkuasa dalam segala hal. buktinya, Tuhan kurniakan aku seseorang yang tau erti kasih dan sayang buat seorang perempuan.  takkan ada siapa boleh ganti kasih dia buat aku. cinta aku buat dia, bukan satu kesilapan dalam hidup. tapi, cinta aku buat kau adalah satu kesilapan besar yang pernah aku buat dalam hidup aku. dia yang penting dalam hidup aku. dia selalu ada dalah hidup aku. dia selalu rindukan aku. tak pernah kenal jemu kasih dan cintakan aku. tak pernah tau erti bosan melayan kerenah aku. tak pernah berhenti bersabar dalam tangani sikap pemanas aku. aku akui, dia memang terhebat. aku tak pernah rasa kehilangan kau! sebab aku tau, perginya kau bukan satu kehilangan tapi, itu satu rahmat! 

buat Shazwan, 
Aku Ingin engkau tahu...
Cinta aku satu...

Tercipta buat dirimu..
Hanya... Untuk kamu...