Blogger Backgrounds

Aug 2, 2012

perginya bukan satu kehilangan, tapi satu rahmat!


suatu ketika dulu, hati terusik dengan kerenah kau. telatah kau. layanan kau. semua tu buat hati aku secara perlahan-lahan cintakan kau. ternyata aku yang bodoh dan harus dipersalahkan. sedang aku tau kau masih bersama seseorang tapi, aku tetap dengan cinta aku tu.  antara sedar tak sedar, aku sendiri tau yang cinta aku tu 'cinta separa'. 


sungguh! cinta aku pada kau memang sukar untuk aku lupakan. aku leka dengan semua kasih aku kat kau. kau ingat lagi tak segala permainan bodoh kita dulu? kenangan2 kita... semua tu.. kau ingat x? ok lah.. sesungguhnya aku akui, cinta aku buat kau yg DULU tu, memang susah aku nak lupakan. aku jadi tersangat bodoh pada waktu tu sebab cintakan kau yg milik orang. pada masa yang sama, kau x patut salahkan aku. sedangkan kau melayan aku. kalau betul kau bersama perempuan lain, aku x akan kacau kau. dan kau x akan layan aku 24/7. 

dalam hal ni, 99% kau patut dipersalahkan. kau menabur layanan dengan penuh kasih. kau menabur rindu dengan penuh rasa hati. kau menabur senyuman dengan penuh sayang. memang aku sayang kau. 

Tapi, tiba satu masa aku sedar yang kau adalah lelaki paling kejam yang pernah aku jumpa dalam hidup aku. kau buat aku benci serta merta. kau buat aku meluat sepenuh hati aku. kau padam semua cinta aku buat kau. sampai bila-bila, aku takkan jatuh cinta untuk kali kedua buat kau. jangan pernah aku ulanginya lagi. kalau dapat aku ulangi perjalanan hubungan kita tu lagi, aku akan jadi pemusnah! aku akan saktikan hati kau mcm mane kau sakitkan hati aku. even aku sedikit rasa kehilangan, tapi, aku yakin Tuhan tu Maha Kaya. 

sekarang aku tau. Tuhan memang betul2 adil dan berkuasa dalam segala hal. buktinya, Tuhan kurniakan aku seseorang yang tau erti kasih dan sayang buat seorang perempuan.  takkan ada siapa boleh ganti kasih dia buat aku. cinta aku buat dia, bukan satu kesilapan dalam hidup. tapi, cinta aku buat kau adalah satu kesilapan besar yang pernah aku buat dalam hidup aku. dia yang penting dalam hidup aku. dia selalu ada dalah hidup aku. dia selalu rindukan aku. tak pernah kenal jemu kasih dan cintakan aku. tak pernah tau erti bosan melayan kerenah aku. tak pernah berhenti bersabar dalam tangani sikap pemanas aku. aku akui, dia memang terhebat. aku tak pernah rasa kehilangan kau! sebab aku tau, perginya kau bukan satu kehilangan tapi, itu satu rahmat! 

buat Shazwan, 
Aku Ingin engkau tahu...
Cinta aku satu...

Tercipta buat dirimu..
Hanya... Untuk kamu...

No comments:

Post a Comment