betul kata orang. dan betul firman Allah. syaitan takkan pernah berhenti mengganggu dan menggoda anak cucu adam hingga akhir dunia.
seikhlas mana pun niat kita berlandaskan syariat Islam, tapi, kalau Iman kita kita tidak sekuat mana pun, tak guna juga kita berubah. berniat jer bagai nak rak. tapi, kene hasut sikit jer dah goyah. x guna tu semua. sebab tu orang kata, nak berubah ker, nak harungi dugaan ni semua, kene kuat imannya. kalau iman tak kuat silap-silap kita terpesong jauh lagi teruk.
untuk hari ni, aku nak nyatakan, sesungguhnya aku bukan lah dari kalangan golongan yang baik-baik belaka. aku kini masih mencari keredhaan dan masih lagi mencuba untuk berbudi di Bumi Tuhan ni. sesungguhnya dosa, kesalahan tak pernah lari dari buku kisah hidup aku.
aku, masih lagi dalam usaha bermuhasabah diri, dan cuba mencari kekuatan dalam diri untuk terus meneguhkan Iman aku yang sememangnya sentiasa lemah di 'godam' oleh makhluk yang bernama SYAITAN!
pernah tak korang terfikir, kita ni semua diciptakan oleh satu Tuhan tapi dengan pelbagai bentuk rupa, kulit warna, dan tahap kita yang berbeza? Tuhan tu tersangat hebat. tapi, antara kita semua tak ada beza. yang bezakan kita hanya iman dan amal kita. kita hanya insan yang lemah. kita masih lagi berpijak di Bumi yang sama, dan masih lagi menjunjung langit yang sama luas.
aku rasa, setiap hari aku tak lepas dari lakukan kesilapan. baik kesilapan kat Tuhan mahupun kat semua human being. hahahaha.. dan dengan ini, saya nak minta maaf kat semua, kat awak, kat awak, kat awak, dan kat awak.. minta ampun, minta maaf.
No comments:
Post a Comment